Penyalahgunaan pas pekerjaan antara taktik yang kerap digunakan untuk merentas negeri bagi tujuan menyambut Aidilfitri.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, taktik tersebut dikesan selepas pemeriksaan terperinci dilakukan ke atas dokumen yang dikemukakan di sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara.